Mengenai kami

Berasal daripada Afrika Selatan, Bio-Oil Skincare Oil direka oleh Dieter Beier, ahli kimia Jerman yang membuat kajian selama bertahun-tahun untuk mencipta produk penjagaan kulit yang boleh mengubati kondisi kulitnya yang sentiasa kering. Penemuan ulung formulasi Beier dengan Bio-Oil Skincare Oil adalah produk revolusi yang diformulasi menggunakan vitamin dan minyak tumbuhan, memelihara bahan-bahan tersebut di dalam asas minyak, dengan itu ia mengekalkan potensi bahan-bahan, tanpa penggunaan bahan pengawet.

Pada tahun 1987, Beier melancarkan Bio-Oil Skincare Oil di Afrika Selatan dan meraih pengguna-pengguna setia yang telah berkongsi secara terbuka bahawa ia bukan hanya produk untuk merawat kulit kering. Terdapat banyak testimoni yang menerangkan bagaimana Bio-Oil Skincare Oil berjaya membantu mengatasi kesan regangan, parut dan tona kulit tidak sekata.

13 tahun kemudian, Beier menjual perniagaannya kepada adik-beradik Letschert yang melihat potensi besar dalam produk ini. Mereka memastikan bahawa testimoni memberangsangkan produk ini disampaikan kepada pengguna produk penjagaan kulit di serata dunia secara terus-menerus.

Dan permintaan untuk Bio-Oil Skincare Oil melonjak naik.

Dalam masa lima tahun Bio-Oil Skincare Oil telah menjadi produk kesan parut dan regangan kulit No.1 paling laris di Afrika Selatan. Hari ini, ia boleh didapati dilebih daripada 125 buah negara merentasi lima benua. Bio-Oil Skincare Oil telah memenangi lebih daripada 349 anugerah penjagaan kulit dan telah menjadi produk kesan parut dan regangan kulit paling laris di 25 buah negara.

Selepas 30 tahun di dalam industri penjagaan kulit, Bio-Oil telah melancarkan produk baru yang sangat ditunggu-tunggu, Dry Skin Gel. Ini adalah satu lagi produk revolusi yang menggantikan air yang biasanya dijumpai dalam formulasi krim dengan minyak, menjadikan produk ini 100% aktif.