Soalan lazim

Dry skin gel
Bolehkah Dry Skin Gel digunakan untuk kulit sensitif?
Ya. Dalam kajian keradangan kulit yang dijalankan atas 31 orang peserta, berumur 20 hingga 70 tahun, tiada peserta yang mengalami reaksi buruk.
Bolehkah Dry Skin Gel digunakan atas kulit berminyak?
Ya. Dalam kajian yang dijalankan ke atas 24 orang peserta, berumur 24 hingga 56 tahun, Dry Skin Gel telah didapati tidak komedogenik (tidak menghalang pori atau menyebabkan jerawat).
Bilakah Dry Skin Gel patut digunakan?
Selepas mandi adalah masa terbaik untuk meggunakan pelembap kulit.
Sekerap manakah patut Dry Skin Gel digunakan?
Sapukan sedikit pada kulit kering mengikut keperluan. Dalam kes kulit yang sentiasa kering, sapukan setiap hari.
Bolehkah Dry Skin Gel digunakan sebagai krim malam?
Ya, Dry Skin Gel boleh digunakan sebagai krim malam, tetapi ia diformulasikan sebagai pelembap badan.
Skincare Oil
Bagaimanakah cara penggunaan Skincare Oil?
Skincare Oil patut diurut dengan gerakan membulat pada muka dan badan hingga diserap sepenuhnya. Kami menggalakkan penggunakan Skincare Oil sebanyak dua kali sehari, selama minimum tiga bulan. Skincare Oil selamat digunakan ke atas parut sebaik sahaja kulit permukaan telah pulih sepenuhnya. Skincare Oil tidak patut digunakan ke atas luka terbuka atau kulit merekah. Ia hanya untuk penggunaan kosmetik topikal sahaja. Hasil mungkin berbeza bagi setiap individu.
Bilakah patut saya mula gunakan Skincare Oil ketika hamil?
Bagi membantu mencegah pembentukan kesan regangan kulit ketika hamil, kami menggalakkan penggunaan Skincare Oil pada bahagian-bahagian yang cenderung kepada kesan regangan kulit daripada permulaan trimester kedua. Kesan regangan kulit ketika hamil boleh muncul dimana-mana bahagian badan, tetapi ia paling cenderung untuk muncul di bahagian perut, paha, pinggul, pinggang, punggung dan payudara.
Bolehkah Skincare Oil digunakan di muka saya?
Skincare Oil sesuai dan selamat untuk digunakan di bahagian muka, ia telah dibuktikan secara klinikal sebagai tidak komedogenik dan tidak aknegenik, yang bermaksud ia tidak menyumbat pori atau menyebabkan jerawat. Tip penggunaan di bahagian muka adalah: sapu kurang untuk keberkesanan lebih.
Selamatkah untuk menggunakan Skincare Oil ketika hamil?
Ya, Skincare Oil selamat untuk digunakan sepanjang tempoh hamil. Tahap Vitamin A dalam Skincare Oil adalah cukup rendah untuk dianggap selamat bagi anak yang dikandungkan. Kebanyakan pengamal penjagaan kesihatan bersetuju bahawa untuk keselamatan pengambilan Vitamin A harian oleh ibu-ibu hamil tidak boleh melebihi 5,000 I.U per gram. Dengan mengambil kira faktor penyerapan, seorang ibu hamil perlu menggunakan lebih daripada 110ml Skincare Oil setiap hari, atau hampir dua botol 60ml, sebelum melampaui pengambilan maksimum harian yang disarankan!
Selamatkah untuk menggunakan Skincare Oil ketika menyusu?
Penggunaan Skincare Oil adalah 100% selamat ke atas badan ketika menyusu. Walau bagaimanapun, kami tidak menyarankan penggunaan atas puting – walaupun Skincare Oil bukan toksik, bayi-bayi sangat sensitif dan kami tidak menyarankan menginges Skincare Oil, walaupun dalam amaun yang paling kecil. Jika anda mempunyai keraguan, sila rujuk kepada pengamal perubatan umum (doktor) anda.